skcc.zoom-a.com
SK. CANOSSIAN CONVENT,
JALAN BATU PAHAT,
86000 KLUANG, JOHOR.

TEL & FAKS : 07-7717302     EMAIL : jbb2051@ppdkluang.my

 


| Selamat Datang | Kokurikulum | Kurikulum | Kata Alu - Aluan Guru Besar | H.E.M | Peperiksaan | Logo dan Lagu Sekolah | Staff SKCC | Album | Kokurikulum | Kurikulum | Lokasi SKCC |

   KATA ALU-ALUAN

 

 GURU BESAR SK. CANOSSIAN CONVENT KLUANG

                                  

Hasrat untuk mengadakan laman web sekolah menuntut tanggungjawab dan komitmen tinggi daripada setiap warga pendidik  SK.Canossian Convent. Berkat usaha yang tidak mengena mengenal penat akhirnya hasrat ini menjadi satu realiti.

 

Untuk itu, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang memberi kerjasama padu. Keterlibatan dan iltizam semua sebagai satu pasukan untuk merealisasikan hasrat murni ini amatlah disanjung tinggi.Tidak dapat dinafikan prasarana sekolah berada dalam keadaan serba kekurangan tetapi saya percaya dan yakin “teamwork spirit” yang kental pada setiap warga pendidik akhirnya akan berjaya mengatasi segala rintangan.

 

Akhir kata, saya berharap semua murid dan ibu bapa mengambil kesempatan untuk melayari laman web sekolah untuk mengakses maklumat terkini dari masa ke semasa.

 

Sekian, terima kasih


SKCC  Unggul Penjana Generasi  Terbilang  2010

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: